Halaman

Isnin, 5 Mac 2012

Pelancaran Blog Hadith Dan Sunnah




السلام عليكم

ان الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيىٔات اعمالنا، من يهده الله وحده لاشريك له، واشهد ان محمدا عبده ورسوله

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.wt kerana dengan limpah kurniaNya serta dengan izinNya, maka saya diberi ilham dan kekuatan untuk mewujudkan laman ini sebagai suatu wadah untuk mengumpul hadith-hadith Rasulullah s.a.w, hamba dan Rasul utusanNya yang mulia lagi terpuji. Selawat dan salam buat Rasulullah dan seluruh keluarganya, serta para sahabat baginda yang terpuji.

Alhamdulillah, dengan segala kekuatan dan kemampuan yang ada, penulis mewujudkan blog ini demi rasa kecintaan yang tinggi terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan sebagai panduan umatnya disamping kitabullah, Al-Quran al-Karim yang suci lagi mulia. Hakikatnya blog ini sudah lama penulis wujudkan, hanya sahaja ia tidak diaktifkan memandangkan penulis punya blog peribadi sendiri yang digunakan untuk berkongsi ilmu-ilmu Allah s.w.t. InsyaAllah blog ini diwujudkan khusus untuk tujuan mengumpul hadith-hadith buat rujukan penulis dan semua muslimin dan muslimat. Moga ia memudahkan urusan anda semua dalam penulisan yang menggunakan dalil hadith, dalam menyiapkan tugasam atau sebagai rujukan terhadap persoalan yang bermain di fikiran anda, insyaAllah.

Bagi laman ini, pertamanya penulis ingin mengumpulkan hadith-hadith yang khusus dari as-Syaikhain iaitu Hadith Bukhari dan Muslim sebagaimana yang telah disepakaiti oleh ijmak ulama' akan kesahihan kedua hadith dari dua tokoh besar hadith ini. Kemudian jika berpeluang dan diizinkan Allah, penulis akan cuba untuk mengumpulkan pula hadith-hadith dari kitab selainnya. Berikut adalah urutan mengikut keutamaan penulis. 

1. Sahih al-Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Sunan Abu Daud
4. Sunan al-Tirmizi
5. Sunan Nasai'e
6. Sunan Ibn Majah
7. Musnad Ahmad
8. Al-Muwatha' Malik
9. Sunan Darimi

Dari segi susun atur pula, penulis bercadang untuk membahagikan hadith menurut bab dalam kitab-kitab tersebut dan mengikut nama perawi untuk memudahkan pencarian hadith di masa akan datang. Semoga usaha yang sedikit ini memberi manfaat dan maslahah yang besar buat ummah.InsyaAllah.



والله أعلمُ بالـصـواب

Tiada ulasan:

Catat Ulasan