Halaman

Rabu, 7 Mac 2012

Rasulullah s.a.w Lebih Lembut Dari Angin Yang Berhembus





 Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Permulaan Wahyu   كتب بدىء الوحي





عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَا رِسُهُ الْقُرْانَ فَلَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرَيحِ الْمُرْسَلَةِ

Daripada Ibn Abbas r.a berkata:  Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling lembut terutama pada bulan Ramadhan ketika Malaikat Jibril a.s menemuinya dan adalah Jibril a.s mendatanginya setiap malam di bulan Ramadhan dimana Jibril a.s mengajarkan al-Quran. Sungguh, Rasulullah s.a.w jauh lebih lembut daripada angin yang berhembus. 


(راو Perawi  


Rasulullah s.a.w  
^
Abdullah bin 'Abbas bin 'Abdul Muthallib bin Hasyim
^
Ubaidullah bin 'Abdullah bin 'Uthbah bin Mas'ud
^
Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin 'Abdullah bin Syihab
^
Yunus bin Yazid bin Abi An-Najad
^
Abdullah bin Al-Mubarak bin Wadlih
^
Abdullah bin Uthman bin Jablah bin Abi Rawwad
^
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)

Bagaimana Wahyu Turun Kepada Rasulullah





 Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Permulaan Wahyu   كتب بدىء الوحي





عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللهِ كَيْفَ يَأْ تِيكَ الْوَحْيُ فَقَالَ رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ قَالَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتَهَ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا

Daripada Aisyah Ummul Mu'minin r.ah, bahawa al-Harits bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Rasulullah, bagaimana caranya wahyu turun kepadamu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Kadang-kala datang kepadaku seperti bunyi gemerincing loceng dan cara ini yang paling berat buatku lalu terhenti sehingga aku dapat memahami apa yang disampaikan. Dan kadang-kala Malaikat menyerupai seorang lelaki lalu berkata-kata kepadaku maka aku mengikuti apa yang diucapkannya." Aisyah r.ah berkata "Sesungguhnya aku pernah melihat turunnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w pada suatu hari yang sangat dingin lalu terhenti dan aku melihat dahi Baginda berpeluh"


(راو Perawi  

Rasulullah s.a.w  
^
Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq
^
Urwah bin Az-Zubair bin Al-'Awwam bin Khuwailid bin Asad
^
Malik bin Anas bin Malik bin Abu 'Amir 
^
Abdullah bin Yusuf
^
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)



Selasa, 6 Mac 2012

Setiap Perbuatan Bergantung Kepada Niat




 Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Permulaan Wahyu   كتب بدىء الوحي




عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىٍٔ مَانَوَى فَمَنْ كَانَتْ حِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَاهَاجَرَ إِلَيْهِ 


Daripada Umar al-Khattab r.a diatas mimbar berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda semua perbuatan tergantung niatnya dan (balasan) bagi setiap orang (bergantung) kepada apa yang diniatkannya. Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin dimilikinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia niatkan (Riwayat al-Bukhari) 


(راو ) Perawi  


Rasulullah s.a.w  
^
Umar bin Al-Khattab bin Nufail 
^
Alqamah bin Waqash bin Mihshan
^
Muhammad bin Ibrahim bin al-Harith bin Khalid
^
Yahya bin Sa'id bin Qais
^
Sufyan bin 'Uyqinah bin 'Abi Imran Maimun
^
Abdullah bin az-Zubair bin 'Isa bin 'Ubaidillah
^
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)

Isnin, 5 Mac 2012

Pelancaran Blog Hadith Dan Sunnah




السلام عليكم

ان الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيىٔات اعمالنا، من يهده الله وحده لاشريك له، واشهد ان محمدا عبده ورسوله

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.wt kerana dengan limpah kurniaNya serta dengan izinNya, maka saya diberi ilham dan kekuatan untuk mewujudkan laman ini sebagai suatu wadah untuk mengumpul hadith-hadith Rasulullah s.a.w, hamba dan Rasul utusanNya yang mulia lagi terpuji. Selawat dan salam buat Rasulullah dan seluruh keluarganya, serta para sahabat baginda yang terpuji.

Alhamdulillah, dengan segala kekuatan dan kemampuan yang ada, penulis mewujudkan blog ini demi rasa kecintaan yang tinggi terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan sebagai panduan umatnya disamping kitabullah, Al-Quran al-Karim yang suci lagi mulia. Hakikatnya blog ini sudah lama penulis wujudkan, hanya sahaja ia tidak diaktifkan memandangkan penulis punya blog peribadi sendiri yang digunakan untuk berkongsi ilmu-ilmu Allah s.w.t. InsyaAllah blog ini diwujudkan khusus untuk tujuan mengumpul hadith-hadith buat rujukan penulis dan semua muslimin dan muslimat. Moga ia memudahkan urusan anda semua dalam penulisan yang menggunakan dalil hadith, dalam menyiapkan tugasam atau sebagai rujukan terhadap persoalan yang bermain di fikiran anda, insyaAllah.

Bagi laman ini, pertamanya penulis ingin mengumpulkan hadith-hadith yang khusus dari as-Syaikhain iaitu Hadith Bukhari dan Muslim sebagaimana yang telah disepakaiti oleh ijmak ulama' akan kesahihan kedua hadith dari dua tokoh besar hadith ini. Kemudian jika berpeluang dan diizinkan Allah, penulis akan cuba untuk mengumpulkan pula hadith-hadith dari kitab selainnya. Berikut adalah urutan mengikut keutamaan penulis. 

1. Sahih al-Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Sunan Abu Daud
4. Sunan al-Tirmizi
5. Sunan Nasai'e
6. Sunan Ibn Majah
7. Musnad Ahmad
8. Al-Muwatha' Malik
9. Sunan Darimi

Dari segi susun atur pula, penulis bercadang untuk membahagikan hadith menurut bab dalam kitab-kitab tersebut dan mengikut nama perawi untuk memudahkan pencarian hadith di masa akan datang. Semoga usaha yang sedikit ini memberi manfaat dan maslahah yang besar buat ummah.InsyaAllah.



والله أعلمُ بالـصـواب